Thursday, October 14, 2010
Wednesday, July 28, 2010
KURSUS ICT
Pada 27 , 28 dan 30 Julai 2010 kursus Modul Asas Pengetahuan ICT telah di adakan di Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kluang.
Tuesday, July 27, 2010
LATAR BELAKANG SEKOLAH
Sekolah Agama Sri Taman Kluang Barat telah ditubuhkan pada 3 Ogos 2003 dengan status menumpang di Sekolah Kebangsaan Seri Taman Kluang Barat di bawah pentadbiran Ustazah Hajijah Bte Abdul Aziz selaku Guru Besar.Ustazah Norasikien Bte Hj Jaapar sebagai Guru Penolong Kanan Akademik, Ustazah Zaliha Bte Osman sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Ustazah Nornazila Bte Hj Kasbani sebagai Guru Penolong Kanan Ko kurikulum.
Pada tahun 3 April 2006 guru besar Ustazah Hajijah Bte Aziz telah bertukar ke Sekolah Agama Kluang Barat dan digantikan oleh Ustazah Hajah Asnah Bte Ahmad pada 3 April 2006 sehingga 31 Disember 2008.Pada 1 Januari 2009 guru besar ketiga mula bertugas di Sekolah Agama Sri Taman Kluang Barat iaitu Tuan Haji M Noor Bin A Rahman daripada Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kluang.
Di awal penubuhannya menerima pelajar dari kawasan setempat dengan seramai 430 orang pelajardan bilangan tenaga pengajar seramai 11 orang guru.
Sebahagian besar pelajarnya adalah dari Sekolah Agama Bandar Kluang dan Sekolah Agama Taman Desa yang ketika itu mengalami lebihan pelajar.
Pada tahun 1991 atas usaha penduduk setempat dibawah kepimpinan En Yunos Bin Mohammad telah mendapat sebidang tanah seluas 19480.1 meter persegi atas nama Majlis Agama Johor dan diwakafkan untuk Sekolah Agama Sri Taman Kluang Barat.Atas kesinambungan usaha yang terdahulu di bawah kepimpinan Encik Omar Bin Mohammad selaku Pengerusi Badan Kebajikan pembinaan Sekolah Agama Sri Taman Kluang Barat telah berjaya dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan ( RMK 9 ).
Alhamdulilah tapak sekolah agama berhadapan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kluang Barat telah lulus dan tanah ditapaknya telah diuji dan semoga Sekolah Agama Sri Taman Kluang Barat dengan bangunannya sendiri menjadi kenyataan.

Subscribe to:
Comments (Atom)